Friday, July 24, 2009

Sunyi kembali




Hari ni jumaat, hari yg mulia dan suci buat umat islam..dan juga hari terakhir sebelum aku berhujung mggu. Hari jumaat selalu membuatkan aku jd happy sebab esok aku tak perlu bekerja dan dapat bersama dgn anak2 aku dan hubby dirumah.


Malangnya...mggu ni hubby ada kursus belia di Genting Highlands. Hmm...sunyi lg aku nmpknya..Alhamdulillah...anak2 ada bersama2 dgn aku...tak la terasa kosong sgt rumah ni. Papa..semoga selamat pergi dan selamat kembali ke rumah hari Ahad nanti. Mama dan anak2 akan menunggu kepulangan papa kepangkuan kami.


Ya Allah...selamatkanlah suami ku, semoga perjalanannya ke destinasi akan selesa dan selamat kembali kepada aku dan anak2 dirumah. Amin.

Thursday, July 23, 2009





Hari ni aku berpuasa lagi...maklum la tak abih lg mengganti nih..tolak arinni aku ade lg 2 hari nak diteruskan..

Alhamdulillah...dah selamat 5 hari aku berpuasa ganti..bukan ape, dgn keadaan aku skrg ni yg agak letih ngan urusan umahtgga dan anak2 harap2 aku berjaya jugak la mengganti kesemua puasa yg aku tggalkan tuh.

Hmm...hari ni aku nak berbuka dgn juadah ape pulak ye?? Hmm...terbayang nasi ayam, soto dan juga satay kajang...haha.

Hari ni gomen dah dpt gaji...leh arr mintak hubby belanja mlm ni...:)

Monday, July 20, 2009

Nasi Dagang Terengganu

Tetiba aku teringin nak mkn nasi dagang...maklumlah arini aku pose...hehe biasa la pose ganti..sedapnya kalau dpt makan ptg nih. Aku try la pujuk hubby pegi psr mlm kat Kerinchi nun..mana tau adekan..hmm...yummy...yummy..



**NASI**
# 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air
**GULAI IKAN TONGKOL**
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan
**ACAR**
& 2 batang timun
& 1 batang lobak merah
& 1/2 biji bawang besar
& 1 biji lada besar
& cuka, garam, gula
Cara-cara
NASI:
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
ACAR:
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Sunday, July 19, 2009


Hmm..hari Isnin datang lg..busannya..ntah la kenapa kebanyakkan org benci ngan kedatangan hari isnin ni termasuklah aku. Aku rasa mata dan badan aku sakit2 bila bangun tidur...dalam hati terus berkata.."alamak...hari ni isnin ler, nak gi keja pulak".
Sepatutnya kita hargai permulaan hari mencari rezeki ni tp aku tidak...sentiasa resah bila tiba Ahad mlm...'esok keja la..'

Thursday, July 9, 2009

selagi bernyawa

Setiap manusia akan menempuhi segala ujian dan dugaan hidup selagi dia bernafas dan bernyawa. Tidak terlepas dr saat suka dan duka terutamanya pengalaman bercinta.
Perasaan marah, cemburu, sayang dan merajuk menjadi warna dan rencah dlm kehidupan dan percintaan.
Bagi aku..aku masih lagi di alam percintaan dersama suami tersyg selagi aku bernyawa...

Tahap 1 : zaman bercinta sebelum berkahwin ( zaman universiti, hehe..)

Tahap 2 : zaman bercinta tapi dah berkahwin

Tahap 3 : zaman bercinta dah berkahwin dan ade anak ( sekarang ni ler )

Tahap 4 : zaman bercinta dah ade cucu ( akan datang ...jika panjang umur )

aku dah sampai tahap 3 ....insya-Allah diizinkan Allah..sampai la aku tahap 4 tu..AMIN.

Wednesday, July 8, 2009

mutiara kata

Hari ni aku nak berkongsi ngan korg semua tentang mutiara kata. Mutiara kata adalah kata-kata nasihat yg bermanfaat dan boleh menjadi inspirasi dalam kehidupan kita seharian. Ia boleh menjadi kata-kata semangat utk kehidupan kita agar ia dpt menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri...


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya". Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna


Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka - Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat - Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Birthday Irfan

Aku buat birthday party tuk irfan...maklum la dah 2 tahun pun usia dia. Actually, bday dia dah lepas masa 21hb Jun aritu...tp papa dia tak de so kena la tangguhkan ke tarikh ni 4hb July.Aku tak la jemput ramai pun...cuma kawan2 irfan and beberapa kawan aku jek..hubby pun sama. Ni antara gambar2 makanan yg aku ambik. Aku masak soto jek, sate ni aku beli ...haji sahmuri punya la...ape lg...sate kajang ler..




* yummy...yummy.. all time favourite !!sate kegemaran family aku..

* Irfan's bday cake

Irfan punya bday kek ni plak aku order dr Secret Recipe..Black forest! Sedap tuh ade blueberry dalamnya..

nyanyian jiwa

Haha..dah lama aku tak post ape2 kat blog ni...sorry la tak de masa nak buka la, bz ngan kerenah anak2...lgpun mak n ayah aku ade kat umah,tak sempat nak layan blog ni...lg beshh layan diorg.
mak n abah balik JB pg td..br jek abah call,kata dah smapi umah.Tinggal la aku, hubby and anak2 jek mlm ni.Sure sunyi coz dah bape hari ni umah aku riuh dek suara anak2 aku n anak2 buah aku 2 org tu...firdaus n adiknya zikry.
Hubby lak memang cuti 2 hari ni..so berjalan jek la keja aku. Aku lak digalakkan cuti coz company nak cut cost...biasa la ekonomi gawat.
But ok ler, atleast leh spent time dgn parents aku kan..

Hari ni 1st day aku hantar zarith kat umah babysit dia.Aku call babysit tu td...dia kata ok jek.Zarith nak minum susu formula dia. Lega rase hati dgr semuanya OK. Alhamdulillah...

Wednesday, July 1, 2009

penantian berakhir

akhirnya suamiku pulang dr kursusnya.hmmm..lega rasanya rasenya bila dapat melihat wajahnya di depan mataku.Dalam hatiku berkata "Allamdulillah...selamat sampai rupanya suamiku ke rumah ".
Puteraku menjerit2 keriangan bila terlihat kelibat papanya di depan pintu.Gembira rasa hati ini bila kami dapat berkumpul semula seperti dulu.




Lagu pebret aku & my hubby...:)