Tuesday, December 15, 2009

The latest pics..


* my beautiful family..

















* my prince ..

* my princess..
Cinta....

Cinta itu amanah...amarah...asmara..
Cinta itu bahagia..benci...bencana..
Cinta itu cemburu..cacian..curiga..
Cinta itu dugaan..dengki..Doa..
Cinta itu emosi..ego..etika..

Cinta itu falsafah..fungsi..'fake'..
Cinta itu gelora..gelojoh..gusar..
Cinta itu hasutan..hasrat..harapan..
Cinta indah..impian..idaman..
Cinta itu jemu..jumut...jihad..

Cinta itu ketawa..kecewa..karut!
Cinta itu leka..lawatan..luahan..
Cinta murni..menawan..merana..
Cinta itu naluri..naratif..'no..no..no..'
Cinta itu organik..omongan..olahan..

Cinta itu popular..pelopor..pelengkap..
Cinta itu rasa..ruang..ragu..
Cinta itu suka..sayang..sakit..
Cinta itu tanggungjawab..tekanan..tuntutan..
Cinta itu ungkapan..ulasan..ukiran..

Cinta itu visi..'various'..'valuable'..
Cinta itu warna..warga..waimah..
Cinta itu x...x...xxx
Cinta itu yakin..nYalaan..nYataan..
Cinta itu zalim..zahir..Zikir..

itulah bahasa cinta pd pandangan mata hatiku..

Saturday, October 31, 2009

makan makan di Saloma Bistro


Hmm...ni acara makan-makan di Saloma Bistro,KL. Actually acara ini merupakan sambutan Hari Raya oleh team aku di Bluecoat Systems, KL. Aku nak say thanks to my Manager Mr.Craig Baker yg tlh melaksanakan acara ini. Dia cuma kirim duit jek beb...hehe

Haaa...ni antara gambor yg aku amik.



* Menu Book






* Antara menu yang kami makan...



* Sup tulang





*BCWF team members..

Monday, August 10, 2009

salam..

hmm...lama betul rase tak post ape2 kat sini. Busy sket ngan keja and anak2..yg penting anak2 aku semua baru pulih dr demam, batuk and selsema; nasib baik bukan virus H1N1..alhamdulillah..cuma aku kesian tgk si adik tu, baru nak jangkau 4 bulan usia, dah kena demam n batuk then berulang jumpa doktor tak cukup ngan doktor klinik, doktor hospital lak aku bawak..hmm..selsema tu yg aku tak larat tgk..tp alhamdulillah semua dah baik.

Hubby aku lak, lps balik dr Bandung Indon, terus sakit tekak then demam...nasib baik demam biasa...kalu tak risau gak aku, maklumlah dgn anak2 lagi..semua tu dugaan untuk aku..
Aku bersyukur sbb setakat ni aku sihat tuk jaga hubby and anak2 aku..alhamdulillah, aku tak dijangkiti ngan anak2 n hubby aku..harap2 aku sihat hendaknya...:)

Friday, July 24, 2009

Sunyi kembali




Hari ni jumaat, hari yg mulia dan suci buat umat islam..dan juga hari terakhir sebelum aku berhujung mggu. Hari jumaat selalu membuatkan aku jd happy sebab esok aku tak perlu bekerja dan dapat bersama dgn anak2 aku dan hubby dirumah.


Malangnya...mggu ni hubby ada kursus belia di Genting Highlands. Hmm...sunyi lg aku nmpknya..Alhamdulillah...anak2 ada bersama2 dgn aku...tak la terasa kosong sgt rumah ni. Papa..semoga selamat pergi dan selamat kembali ke rumah hari Ahad nanti. Mama dan anak2 akan menunggu kepulangan papa kepangkuan kami.


Ya Allah...selamatkanlah suami ku, semoga perjalanannya ke destinasi akan selesa dan selamat kembali kepada aku dan anak2 dirumah. Amin.

Thursday, July 23, 2009





Hari ni aku berpuasa lagi...maklum la tak abih lg mengganti nih..tolak arinni aku ade lg 2 hari nak diteruskan..

Alhamdulillah...dah selamat 5 hari aku berpuasa ganti..bukan ape, dgn keadaan aku skrg ni yg agak letih ngan urusan umahtgga dan anak2 harap2 aku berjaya jugak la mengganti kesemua puasa yg aku tggalkan tuh.

Hmm...hari ni aku nak berbuka dgn juadah ape pulak ye?? Hmm...terbayang nasi ayam, soto dan juga satay kajang...haha.

Hari ni gomen dah dpt gaji...leh arr mintak hubby belanja mlm ni...:)

Monday, July 20, 2009

Nasi Dagang Terengganu

Tetiba aku teringin nak mkn nasi dagang...maklumlah arini aku pose...hehe biasa la pose ganti..sedapnya kalau dpt makan ptg nih. Aku try la pujuk hubby pegi psr mlm kat Kerinchi nun..mana tau adekan..hmm...yummy...yummy..



**NASI**
# 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air
**GULAI IKAN TONGKOL**
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan
**ACAR**
& 2 batang timun
& 1 batang lobak merah
& 1/2 biji bawang besar
& 1 biji lada besar
& cuka, garam, gula
Cara-cara
NASI:
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
ACAR:
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.